Tuesday, November 16, 2010

Pandangan Dari Sudut Agama

Pandangan Kristian

Jesus sebagai Rasul tuhan telah menduga betapa adanya penyangkalan terhadap peristiwa banjir besar yang pernah menimpa bumi seperti berikut:
 
“yang terutama harus kamu ketahui ialah, bahawa pada hari-hari akhir zaman akan tampil pengejek-pengejek dengan ejekan-ejekannya, iaitu orang-orang yang hidup menuruti hawa nafsunya. Kata mereka: “di manakah janji tentang kedatangannya itu? Sebab sejak bapa-bapa leluhur kita meninggal, segala sesuatu tetap seperti semula, pada waktu dunia diciptakan.” mereka sengaja tidak mahu tahu, bahawa oleh firman Allah langit telah ada sejak dahulu, dan juga bumi yang berasal dari air dan oleh air, dan bahawa oleh air itu, bumi yang dahulu telah binasa, dimusnahkan oleh banjir besar. Tetapi oleh firman itu juga langit dan bumi yang sekarang terpelihara dari api dan disimpan untuk hari penghakiman dan kebinasaan orang-orang fasik.”
(2 petrus 3:3-7)

Menurut paradigma Kristian, pembahasan saintifik dalam peristiwa
penciptaan ada kaitan dengan banjir besar sebagai penyebab kepada
kewujudan fosil

Kemunculan makhluk hidup secara kebetulan tidak pernah ditemui

Segala sifat yang diperolehi dari luar tidak dapat diturunkan kepada
generasi berikutnya

Seleksi alam tabii tidak dapat menghasilkan gen baru; melainkan hanya
menyaring dari sifat yang telah ada sebelumnya

Mutasi adalah satu-satunya mekanisma yang mungkin dapat
menghasilkan jasad genetik baru untuk proses evolusi

Namun, semua akibat mutasi yang ditemui bersifat tidak sempurna

Tidak ada mutasi yang pernah menghasilkan bentuk kehidupan yang
memiliki tingkat kerumitan dan kewajaran yang lebih besar dari bentuk
asalnya.

Tidak ada alasan untuk mempercayai bahawa mutasi akan dapat
menghasilkan suatu organ tubuh yang baru seperti mata, telinga atau
otak.

Tidak pernah ada bentuk kehidupan di luar angkasa yang jelas dapat
ditemui dan dipelajari.

Banyaknya persamaan dalam beberapa spesies yang berbeza tidak
wajar diertikan sebagai adanya hubungan genetik, melainkan dapat
diertikan bahawa mereka dirancang oleh perancang yang sama

Kewujudan organ tubuh manusia yang fungsinya tidak diketahui bukan
bermakna bahawa mereka adalah peninggalan evolusi dari nenek
moyang asal-usul kehidupan

Ketika sebuah embrio berkembang, ia tidak melalui tahap dewasa dari
apa yang dianggap sebagai nenek moyang evolusi.

Hakikatnya, ramai pakar embrio yang tidak lagi memandang bahawa
persamaan luar biasa antara beberapa embrio dengan bentuk dewasa
beberapa haiwan kecil sebagai suatu bukti adanya evolusi

Pandangan Buddha


Konsep permulaan bumi dan manusia menurut paradigma Buddha agak unik dan berbeza. Dalam alam semesta ini bukan hanya ada satu bumi. Telah banyak bumi yang muncul dan hancur – dikiamatkan. Maka, manusia yang muncul pertama kali di bumi ini bukan seorang, tetapi banyak, dan mereka muncul bukan kerana kehendak satu peribadi tetapi misteri yang agung.


KRONOLOGI KEWUJUDAN MANUSIA

Menurut kitab Aganna Sutta, Digha Nikaya, Sutta Pitaka, Tipitaka, bumi
ini terdiri dari air dan gelap gelita

Segala makhluk tidak dapat dibezakan jantan betinanya, namun,
semuanya memiliki tubuh yang bercahaya dan hidup melayang-layang
di angkasa.

Setelah melalui proses dalam jangka waktu yang sangat lama, tanah
dengan sarinya telah muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu.

Segala makhluk yang tamak dan serakah mula menduduki bumi, dan
semuanya tergiur kepada sari tersebut

Akibatnya, cahaya tubuh mereka telah lenyap dan terus menghilang,
dan timbullah matahari, bulan dan bintang

Setelah sekian masa yang sangat lama, tubuh para makhluk menjadi
padat dan bentuknya ada yang indah dan ada yang hodoh sesuai
dengan acuan sari tanah yang mereka makan

Mereka yang indah memandang rendah mereka yang hodoh.

Lama-kelamaan sari tanah telah menghilang dan lenyap, maka
muncullah tumbuhan dari tanah.

Setelah tumbuhan ini lenyap, muncul tumbuhan menjalar, setelah
tumbuhan menjalar lenyap, muncullah tanaman padi

Setelah waktu yang lama, sesuai dengan acuan mereka makan, maka
tubuh mereka telah menjadi padat dan perbezaan bentuknya kelihatan
lebih jelas

Yang lelaki jelas kelihatan kelelakiannya dan yang wanita jelas kelihatan
kewanitaannya

Kemudian mereka saling memerhatikan keadaan diri antara satu
sama lain, dan timbul keinginan terhadap berlainan sifat dan
seterusnya zuriat berkembang.

PENCAPAIAN KEROHANIAN
 
Penganut agama Buddha menyatakan, bahawa menjelaskan asal-usul alam
semesta bukan tujuan agama Buddha. Mereka percaya bahawa sebarang teori
tentang asal mula alam semesta bukan keperluan asas untuk mencapai kehidupan
yang baik.

Dengan kata lain, tujuan utama agama Buddha adalah untuk mengembangkan kasih
sayang dan belas kasihan dalam kehidupan sesama makhluk di alam ini sehingga
akhimya mencapai kebebasan mutlak.

Namun, pada masa yang sama mereka tidak pernah gentar atau dicemaskan oleh
spekulasi teori evolusi yang berkaitan dengan asal mula alam semesta ini.

Pandangan Hindu


Menurut paradigma Hindu, alam semesta dicipta dalam suatu proses yang sangat
panjang. Pada mulanya alam ini kosong, yang ada hanyalah Tuhan, sering disebut
sebagai zaman: “duk tan hana paran-paran an rawang an ruwung” yang bermaksud:
“ketika itu belum ada apa-apa dan semuanya belum menentu.”
 
Dengan kuasa Tuhan telah mencipta unsur utama yang disebut Purusa, iaitu roh
sebagai asas yang menghidupkan segala makhluk, sama ada makhluk yang maujud
mahupun yang mujarad.

Lima jasad maujud atau panca maha bhuta;
akasa – angkasa
bayu – angin
teja – cahaya
apah - zat cair
pretiwi - zat padat


Kelima-lima unsur alam ini pada mulanya masih dalam bentuk Paramanu atom. Gabungan
kelima-lima unsur ini telah menghasilkan wujud baru yang disebut Brahmanda (benda
bulat berbentuk telur ciptaan Brahman) iaitu segala planet dan bintang sebagai
sebahagian dari isi alam semesta. Setelah alam semesta tercipta barulah Tuhan
mencipta isinya, seperti haiwan, tumbuhan dan manusia.

Proses penciptaan manusia adalah sari dari panca maha bhuta, iaitu 6 jenis rasa,
seperti manis, pahit, masin, masam, pedas dan kelat. Semua unsur ini telah berpadu
dengan unsur lain, iaitu cita, budi, ahangkara, dasendria dan panca tanmatra.
Sebatian kesemua unsur ini telah menghasilkan dua unsur benih kehidupan, iaitu
sukla - benih lelaki dan swanita - benih perempuan. Yang demikian, maka terciptalah
manusia


Manusia pertama ciptaan Tuhan dalam ajaran agama Hindu ialah Syayambhumanu, yang
bermaksud makhluk berfikir yang mengembangkan dirinya sendiri. Manu maknanya
berfikir. Istilah Manusia (keturunan Manu) timbul dari perkataan Manu.
Selanjutnya, setelah manusia pertama tercipta atas kehendak Tuhan, maka manusia
itu sendirilah yang berkembang.

“Dahulu kala Prajapati mencipta manusia bersama bhakti persembahannya dan berkata
dengan ini engkau akan berkembang biak dan biarlah dunia ini menjadi sapi
perahanmu.”
(Bhagavad-Gita iii Sloka 10).
 
Om Shanti Shanti Shanti Om


Pandangan Islam

Kejadian manusia daripada tanah (Allah
mencipta Nabi Adam a.s.)

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia (Adam) dari tanah liat yang
kering, dari lumpur hitam yang diberi bentuk
.”

(Al-Hijhr (15): 26)

Dan tatkala berfirman tuhanMu kepada malaikat,
sesungguhnya Aku akan
menciptakan seorang manusia dari tanah liat yang kering dari lumpur hitam yang
diberi bentuk
.”

(Al-Hijhr (15): 28)


Dan sesungguhnya Kami telah mencipakan
kamu,lalu Kami membentuk (tubuh)mu,
kemudian Kami berfirman kepada para malaikat: Sujudlah kalian kepada Adam,
lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidak termasuk dalam golongan yang
sujud
.”

(Al-A’raf(7): 11)


Kejadian manusia daripada air mani

Kemudian, Kami menjadikannya air mani dalam
tempat yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air mani menjadi gumpalan darah, lalu
Kami ciptakan gumpalan darah menjadi segumpal daging, kemudian Kami ciptakan
segumpal daging menjadi tulang, lalu Kami bungkus tulang dengan daging,
kemudian Kami menjadikannya makhluk yang lain sifat keadaannya, maka nyatalah
Allah sebaik-baik Pencipta


(Al-Mu’minun (23): 13 - 14)



.


Proses Kejadian Manusia