Tuesday, November 23, 2010

Pengenalan

Siapakah Darwin.

Nama Charles Robert Darwin
Lahir pada 12 Febuari 1809 di bandar Shrewsbury
Meninggal umur 72, 19 April 1882
Anak ke-5 dari 6 beradik
Dari sebuah keluarga mewah
Bapanya seorang doktor terkemuka
Datuknya, Eramus Darwin seorang doktor terkenal
Dan ahli falsafah yang banyak menulis mengenai alam
Darwin sejak kecil amat mencintai alam semulajadi dan suka
Memerhatikan haiwan-haiwan dan tumbuhan yang ditemuinya.
Sejak kecil lebih tertarik pada biologi, namun untuk menyenangkan ayahnya, beliau mengambil bidang kedoktoran.
Dikenali sebagai pakar penyelidik alam semulajadi dalam dunia sains
Pengarang The Origin Of Species(1859) dan The Decent of Man(1871)merupakan pengasas Teori Darwin

Monday, November 22, 2010

Pengenalan

Pernikahan











Pada 29 Januari 1839, Darwin menikahi sepupunya Emma Wedgwood di Maer dalam sebuah upacara Anglikan yang diatur bersesuaian dengan kaum Unitarian. Pada mulanya mereka tinggal di Gower Street, London, berpindah pada 17 September 1842 ke Down House di Downe, di selatan Orpington, Kent, England.

Sunday, November 21, 2010

Pengenalan

Anak-Anak

Darwin mempunyai 10 orang anak, 3 di antaranya meninggal dalam usia kecil akibat menderita penyakit atau lemah tubuhnya. Darwin percaya hal ini mungkin disebabkan kerana garis keturunannya dengan Emma cukup dekat. Ini diungkapkannya dalam tulisan-tulisannya tentang akibat-akibat buruk yang ditimbulkan dari perkahwinan antara saudara dekat.

William Erasmus Darwin (27 Disember 1839–1914)
Anne Elizabeth Darwin (2 Mac 1841–22 April 1851)
Mary Eleanor Darwin (23 September 1842–16 Oktober 1842)
Henrietta Emma "Etty" Darwin (25 September 1843–1929)
George Howard Darwin (9 Juli 1845–7 Desember, 1912)
Elizabeth "Bessy" Darwin (8 Juli 1847–1926)
Francis Darwin (16 Agustus 1848–19 September 1925)
Leonard Darwin (15 Januari 1850–26 Maret 1943)
Horace Darwin (13 Mei 1851–29 September 1928)
Charles Waring Darwin (6 Desember 1856–28 Juni 1858)

Saturday, November 20, 2010

Teori Evolusi


Idea evolusi Darwin: bahawa semua spesies berhubungan antara satu sama lain dan mempunyai “common ancestor” (berasal dari satu garis keturunan) dan melalui mutasi spesies baru muncul.

Darwin (1858) mengutarakan 2 teori pokok iaitu spesies yang hidup sekarang berasal dari spesies yang yang hidup sebelumnya, dan evolusi terjadi melalui seleksi alam.

Darwin berpendapat bahawa berdasarkan pola evolusi bersifat gradual, berdasarkan arah adaptasinya bersifat berbeza dan berdasarkan hasilnya sendiri selalu dimulai terbentuknya kepelbagaian baru.

- Teori yang menyatakan semua binatang berasal dari ameba, sejenis
haiwan yang mempunyai satu sel.

- Manusia pula berasal daripada binatang atau lebih tepat lagi, be
daripada sejenis manusia-kera atau ape-man yang merupakan rantai
perhubungan antara kera yang sebenarnya dengan manusia yang
sebenarnya.

Friday, November 19, 2010

Thursday, November 18, 2010