Wednesday, November 10, 2010

Kesimpulan

PENINGGALAN FOSIL

Peninggalan fosil Ramapithecus hanya retakan gigi dan rahang yang menyerupai baboon, yang hingga kini baboon masih wujud. Walaupun ratusan tahun dunia telah digemparkan untuk mempercayai bahawa manusia Neanderthal berjalan bongkok dan berbentuk seperti monyet.

Namun, penelitian terkini membuktikan bahawa manusia tersebut sebenarnya menderita cacat akibat Arthritis atau penyakit Rickets. Manusia Neanderthal, Heidelberg dan Cro-Magnon, semuanya serupa dengan manusia semasa.
 
Hanya kerana kemahiran para seniman memberi tubuh kepada fosil khususnya yang berdaging, sangatlah imaginatif dan tidak disokong oleh bukti. Lebih jauh lagi, teknik pengukuran usia yang ada masih dipertikaikan kesahihannya.

Kebanyakan fosil yang ditemui menunjukkan bahawa mereka telah dikuburkan sebelum membusuk. Hakikat ini serupa dengan fosil Polistrata pada formasi Carboniferous, Mesozoic dan Cenozoic yang membuktikan bahawa jasad ini telah terurai dalam jangka masa yang singkat dan bukan ratusan juta tahun.

Jika evolusi telah terjadi, catatan sejarah fosil seharusnya menunjukkan perubahan yang bertahap dan berkesinambungan dalam semua bentuk kehidupan dari lapisan yang paling bawah sehingga ke lapisan yang paling atas.

Tetapi, apa yang ditemui adalah sebaliknya. Banyak spesies rumit yang ditemui dalam lapisan yang lebih bawah tidak berkesinambungan. Malahan sebahagian besar mendapan yang menyelimuti semua fosil ditemui tersebar di bawah air.

Bahkan, sejarah penemuan fosil dunia merupakan bukti dari adanya kematian dan penguburan segera dari kehidupan haiwan dan tumbuhan oleh suatu malapetaka bumi, dan bukan merupakan bukti dari evolusi atau perubahan yang lambat.
 
Setiap banjaran pergunungan besar di bumi mengandungi fosil dari kehidupan laut. Hampir setiap peradaban di bumi memiliki legenda tentang suatu banjir besar, di mana hanya beberapa orang yang selamat dalam suatu kapal besar.

Dogma dasar Darwinisme menyatakan bahwa makhluk hidup muncul menjadi ada dengan sendirinya secara spontan sebagai akibat peristiwa kebetulan. Pandangan ini sama sekali bertentangan dengan keyakinan terhadap adanya penciptaan alam oleh Allah. Jadi, apakah teori evolusi yang mendakwa bahawa Tuhan tidak menciptakan manusia yang benar, ataukah Alkitab yang benar?